Journey of a Debater

Di sini juga saya diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan.

The Art of Debating.

Itulah permulaan saya membina keyakinan dalam diri sendiri. Saya belajar untuk teguh berdiri mempertahankan values dan beliefs yang saya pegang. The Art of Debating juga membuatkan saya berfikir bukan sahaja ke hadapan, ke masa silam, tinggi ke angkasa dan paling penting, untuk sentiasa tunduk ke bumi.

Yang paling penting ialah The Art of Debating ini jugalah yang telah memberikan saya banyak life lessons yang sangat bermakna. Life lessons yang tak dapat dipelajari walau dengan buku rujukan yang setebal mana pun.

Permulaan

buddies

dari kiri, Malcolm dan Shahrizan

Cerita saya bukan dongengan. Cerita saya bermula dengan kekalahan. Cerita saya bermula dengan nilai pesimis terhadap kebolehan diri sendiri.

Kisah bermula tahun pertama, 2004 iaitu ketika saya bertingkatan 2, melalui pertandingan English debate dalam sekolah High School Batu Pahat. Pada ketika itu, walau sebagus manapun saya dan teman seperjuangan terutamanya Shahrizan, Malcolm dan Aimi, kami tetap tidak akan dapat mewakili sekolah di peringkat daerah.Senior yang diutamakan.

Kami tidak cukup lagi pengalaman. Maka kami hanya termasuk dalam Research Team ataupun dipanggil ‘Kabinet Bayangan’.

Tahun itu, segalanya baru. Takut-takut itu wajib ada.

“Apa nak buat kalau kena POI?”

“Macam mana nak jawab POI kalau blank?”

“Saspen tol!”

Ketika itu juga kami didedahkan kepada segala macam etika dan peraturan dalam Parliamentary Style English Debate. Jangan aggresif sangat. Jangan hafal teks. Jangan ini, jangan itu. Dan yang paling penting, jangan biadap!

Maka, berlangsunglah pertandingan itu. Sekadar membaca sahaja teks. POI pun masih takut-takut, maka terima satu cukup! Dan natijahnya jikalau tak silap, saya kalah. Tersungkur di semi-final.

Perkembangan

the_scene_of_filtered_light_by_tentation

gambar hiasan

Maka tahun seterusnya tiba. 2005 menjanjikan lebih kematangan, lebih keyakinan. Seolah-olah kami telah biasa dan lali bertingkah bicara. Tiada lagi soalan;

“POI tu apa?”

“Apakah gerangannya itu rebuttals?

Dan sewaktu dengannya.

Tahun ini, lebih semangat untuk menang. Ke sana, ke sini cari coach debate; Mdm Suzana, minta nasihat, minta point sekali. Kui, kui, kui..

Tambahan lagi, tahun yang menyaksikan perkembangan perjalanan hidup seorang debater ini, yang tidak lagi menghafal teks, dan tidak lagi takut menerima POI. Malahan, sangat teruja pula untuk ambil saja semua POI yang diasakkan!

Ada peningkatan, walaupun masih di tahap semi-final, namun kali ini dikurniakan ‘Cawan Best Speaker’.

[Jangan tertipu, penghargaan itu memang berbentuk 'cawan'! Bukannya trofi. Hampagas tul..ohohoho~]

Perumitan

bye

picture source: flickr

Medan ku kini tidak lagi di High School Batu Pahat. Tiada lagi terpaksa bersaing dengan non-Muslim yang speaking berhabuk. Tiada lagi kompetitifnes dalam konteks itu.

Kali ini juga, relatively easy to be the college representative berbanding saat di HS. Namun, kali ini turut menjanjikan cabaran yang jauh lebih sukar dari dahulu. Tekanan untuk menang. Tekanan untuk bagi nama maktab naik. Dan tekanan untuk memecahkan rekod sekolah yang sedia-maklum tak pernah masuk final. :P

Maka bergaya sakanlah saya dengan blazer hitam, slack hitam dan kasut legam berkilat. Pum, pang, pum pang, saya bercakap untuk selama 7 minit, namun pengakhirannya tetap sama;

“daku tersungkur di semi final lagi!”

Ahaha!

Tapi tak kisahlah kerana tidak dinafikan puas itu ada. Yalah kan, pertama kali dapat debate secara rasmi [mewakili sekolah]! Pusingan itu, Best Speaker dirangkul Zafira merangkap 3rd speaker yang bahas bahasa Inggerisnya persis native-American accent.

Review diri sendiri. Coach cek;

Rupa-rupanya sayalah pengganti Zafira sekiranya dia gagal mendapat anugerah Best Speaker itu. Oh saya sangat terkejut!

Tak sangka kerana sangkaan saya bahawa saya tidak mempersembahkan up-to-my-standard due to my nervousness. Namun lepas tu, agak gembira jugalah bila tahu itu. :3

Buletin MRSM Jasin selaku tuan rumah;

“A very assertive yet adorable 1st speaker…”

Sekali lagi daku terkejut! Bukan, bukan pada part adorable tu, [kui, kui, kui..] tapi pada part very assertive.

“Daku? Very assertive?”

Terkesima. Komen saya, mungkin ya, mungkin tidak?

Anda sendiri tentukan! Ohohoho~

Puncak

img_4622

senior vs junior

Ah tahun inilah kemuncak segala-galanya. Setelah hampir 4 tahun bertapa dan menuntut ilmu-ilmu perdebatan, akhirnya saat ini tiba jua.

Tahun ini, azam itu semakin membara. Nak masuk final [tapi tak nak menang sebab tak nak masuk peringkat kebangsaan]. Leceh lagi tensi! Ya, ya, saya mengaku, itu azam saya seorang sahaja. Bukannya azam teman-teman seperjuangan saya termasuklah Fadh (1st speaker), Killa (3rd speaker), Kumok(R) dan Kwan(R) apatah lagi jurulatih saya; Ms Ida. Mereka semua nak masuk final, nak menang, nak wakil maktab peringkat kebangsaan.

Saya?

Cukuplah sekadar pada tahap itu. Saya dah malas nak fikir pasal debate sebab konon-kononnya nak fokus pada SPM. [padahal itu tabiat buruk saya sebenarnya; saya tak suka jadi yang terbaik- cukup sekadar sederhana. Hatta SPM pun dalam diam, saya niat tak nak semua A1! Ahaha, dahsyat kan?]

Tahun itu, paling menarik sekali.

Jurulatih yang sangat best, sempoi dan tidak lupa yang berjasa mengajar saya ‘aksi-aksi mendebarkan’. Sering menghiburkan hati saya dengan grandmother stories dan cerita-cerita Taiwan, Jepun dan Koreanya.

Rakan-rakan seperjuangan yang gempak. Fadh, Killa, Kumok, dan Kwan membentuk team yang paling kelakar dan happening sekali. Ruangan membaca jabatan bahasa yang empuk dan selesa dijadikan port. Dengan air-kond, sofa dan lengkap berkarpet, kami berlatih 24 jam dari pagi hingga ke malam pun tak kisah!

Selain itu, tahun itu juga saya mendapat pengalaman baru. Sebagai the so-called-captain of the upper secondary, merangkap assistant coach yang bertanggungjawab memilih dan ‘melatih’ lower secondary debaters.

Pengalaman itu sangat menarik. Terima kasih adik-adik debater terutama sekali Syahmi! Seterusnya; perjalanan hidup sepanjang Minggu Bahasa Zon Selatan 07.

kispaceball

picture souce: flickr

Pusingan Pertama (Ads Benefit Consumers- Oppo: BP vs TGB: Gov)

Berikut adalah review komen Buletin Jelobak Jelobu MRSM Kuala Klawang;

The Opposition took over the Government?

The Upper Secondary English Debate Preliminary Round was over. The match between MJSC Tun Ghafar Baba and Batu Pahat ended up with frustrations for MJSC TGB. It was a tough fight. They really competed each other like Tom and Jerry but TGB were just not destined to win.

Ini pula ialah komen Fadh merangkap Best Speaker;

Wan Fadhillah Bt Wan Mohd Hanizan won the Best Speaker in the Upper Secondary Debate, TGB vs BP. Her points were well elaborated. She said that she was nervous and quite shaky when she was invited to deliver her speech. “The opponents were really awesome but their points were not strong enough.” she said.

Komen saya:

Sangat gembira! Untuk pengetahuan kalian, MRSM BP mempunyai sejarah tidak pernah tidak kalah kepada MRSM Jasin aka TGB kerana mereka terkenal dengan their good line of debaters from year to year. Maka sejurus selepas kemenangan itu, kami terdengar-dengar gelaran diberikan kepada kami;

“The Jasin Slayer”

Hohoho~

Review orang ramai juga mengatakan bahawa team MRSM BP jauh berbeza dengan MRSM Jasin yang kelihatan sangat serius. Kami pula digambarkan sebagai cheerful!

Komen saya:

Ini semua berkat semangat kami untuk mempersembahkan ‘joget dayak’ yang telah sedia diajar oleh jurulatih kami sekiranya kami berjaya dalam pusingan itu. :3

Pusingan Semi-Final (Ads Benefit Consumers- Gov: BP vs Mersing: Oppo)

Sekali lagi, komen Jelobak Jelobu;

Congrats to MJSC Batu Pahat as you are going to the next round, the FINALS. Keep up the good work. For Wan Fadhillah, bravo as you hold the title BEST SPEAKER again. MJSC Mersing, you can do much better next time.

Komen saya:

Sangat gembira! Setelah berhempas-pulas dengan kekalahan selama hampir 4 tahun, akhinya saya berjaya juga melayakkan diri ke pusingan akhir sekaligus memecahkan rekod maktab.

The final round, here we come!

Pusingan Akhir (NS Instills Patriotism- Gov: BP vs Kuching: Oppo)

Lagi-lagi Jelobak Jelobu;

The Stones Were Chiselled by The Meows

The debate began with the government stating their stand for the debate ‘NS Instills Patriotism’. The Oppositions revved their engines and fired and attacked the governments’ arguments with great confidence. The government refused to be defeated and staged a spirited comeback. Best of luck to both teams!

Komen saya:

Maaf, rakan-rakan serta guru, saya tidak sebersungguh-sungguh dalam pusingan ini. Saya tidak ingin ke pusingan kebangsaan ditambah lagi dengan rehat dan persiapan yang tidak mencukupi disebabkan tekanan dua pusingan yang terdahulu.

Maka dengan itu berakhirlah epik perjalanan saya sebagai seorang pendebat omputih di dalam suasana maktab.

Noktah.

“anyhow, thanks a lot for making my days guys!”

6 Comments »

  1. atikah said

    owh…
    debater….
    saya pun pembahas gak…
    kitaorang baru balik daripaa uia hari tu..
    bulan 6…
    still debater g ker kat sana??

  2. al-ikhsan said

    @atikah
    haha. dah lama dah bersara daripada arena debat-mendebat ni. dah cukup lama dan kalau diikutkan, memang dah rasa semua rencah, rencam, perempah dan segala macam rasa lagi dalam jalan debat ni. huhu~

    p/s berbeza dengan debat biasa, debat uia sangat-sangat banyak mengajar tentang kehidupan. hargailah dan timbalah ilmu daripadanya~ it’s definitely a one in a life time opportunity, (especially when one day, you decided to stop debating, just like i did).

    hohoho~

    =D

  3. Aliaa said

    hmm..
    is this debate at the uia thingy is only opens to mjsc’s students?
    cos i hv my friends who r from mjsc also went to debate there~
    nvr heard from a non-mjsc’s students. coz its a good way to hone students’ ability in english.. (wahhh~ mcm chekgu saja!)

    anyway, i’m nver an on-stage debater. i do debate, in other way.
    but more a public speaker.
    i tend to get emo when debating on stage~ haha!

    MAJULAH SUKAN UTK KESEJAHTERAAN BERSAMA

  4. atikah said

    hehehe…
    insyaAllah, saya akan teruskan…
    tapi bergantung kepada result xm juga….
    anyway,mesti belajar dulukan..
    x nak lah berjaya dalam bahas tapi xm kemana..
    apapun,dua-dua penting..

  5. fadhilah said

    fazli fazli =)

  6. ammar said

    he he he he

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Comment