Archive for September, 2008

Harapan Ramadhan

“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,”

“Agar dapat ku lalui dengan sempurna,”

Man sedang asyik membaca al-Quran beserta dengan terjemahan di ruang kamarnya. Namun bacaannya terhenti pada ayat yang berbunyi;

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

(Al-Baqarah; 2:286)

Dia mengulang-ulang bacaannya pada ayat itu.

“Ya Allah mengapa harus aku begini?”

“Mengapa sukar sekali untuk aku mencintai diriMu ya Allah?”

“Ya Allah, janganlah Engkau palingkan pandanganMu daripadaku kerana sungguh aku..sungguh aku tak sanggup menghadapi dugaan seberat itu…”

“Kau permudahkanlah ya Allah..Kau permudahkanlah..”

Tanpa disedari air mata Man mula menitik jatuh membasahi Quran miliknya.

Read the rest of this entry »

Comments (10)

Masa Untuk Berundur

Rasanya seperti sudah tiba masanya untuk al-ikhsan berundur.

Rasanya sudah tiba masanya untuk al-ikhsan melepaskan di sini bermula.

Sudah cukuplah masa kalian yang telah al-ikhsan bazirkan. Sudah cukup banyak.

Tidak perlu berlengah-lengah lagi, akan al-ikhsan nyatakan sebab-sebab di sini bermula dihasilkannya. Dan sebab-sebab mengapa kini akan al-ikhsan tinggalkan ianya pula.

Read the rest of this entry »

Comments (13)