Archive for April, 2008

Mencari Al-Qadr

malam itu

“Fazli, bangun. Aku rasa lain macam la malam ni.” Suara Amri mencuri sedikit lenaku.

“Fazli, bangun. Aku betul-betul rasa malam ni lain macam la.” Dia terus mengejutkan aku.

Tidak lama kemudian dia pergi meninggalkan aku. Namun, apa yang dia katakan benar-benar mencuri perhatianku.

“Malam inikah?”

“Inikah dia?”

Seribu bentuk persoalan bermain-main di benakku. Aku tertanya-tanya sendirian dan menggagahkan diri untuk segera bangun. 3.05pagi. Terasa nyaman dan mendinginkan sekali di sekitar Raudhatul Firdausi. Sesuatu yang berlainan sekali berbanding dengan suasana ‘bahang’ dan ‘merimaskan’ yang selalunya mengusir satu demi satu jemaah surau itu.

Sunyi sepinya juga mendamaikan jiwa hingga kadangkala terdengar alunan zikir yang lembut oleh para pemujiNya. Selembut bayu yang menyelimutkan para pencari Al-Qadr di Raudhatul Firdausi.

Read the rest of this entry »

Comments (5)

Pilihan Hati

Congrats

“Tahniah!”

“Anda telah disenarai-pendek bagi mengikuti Program EDUCAMP dan Sesi Temuduga PETRONAS.”

“Adalah juga dimaklumkan bahawa anda telah di senarai-pendek berdasarkan permohonan anda untuk mengikuti program luar negara, kursus Sarjana Muda Geologi.”

Perasaanku bercampur-baur saat aku menatap laman web Petronas yang sedang aku layari ketika itu. Gembira? Teruja? Kecewa? Ataupun sedih? Aku sendiri pun tidak pasti.

Read the rest of this entry »

Comments (6)

Ada Musang

“Ada musang! Tapi ekor dia macam sotong..”

“Yeke?”ibu melayan sambil membuka pintu.

“Ye ye!, aunty azib bukak pintu.Betul. Adik nampak tadi kat pokok sana.”bersungguh-sungguh mereka cuba meyakinkan ibu.

“Biarlah, dia nak juga tidur kat rumah.”ibu pula melayan gembira.

“Ala..tapi rumah dia kan dekat zoo. Zoo negara.”mereka kelihatan sedikit hampa.

Kecoh suara anak-anak kecil jiran di sebelah rumah memecahkan kesepian malam. Nada ceria mereka benar-benar menghiburkan.

“Tu musang sotong la eh?” abangku mencelah sambil mengusik.

Aku tertawa sedang aku sibuk menyiapkan tugasanku. Geli hati membayangkan hebatnya imaginasi seorang anak kecil. Musang sotong? Dari seekor musang kepada sotong. Dari seekor musang jugalah datang zoo negara. Hebat sungguh!

Namun, aku beruntung kerana kebuntuanku hilang sebentar melihat keletah anak-anak kecil itu. Aku terus-menerus tersenyum ceria dengan ‘cerita’ yang cuba mereka sampaikan. Teringat pula pada kisah ‘Pengembala Kambing dan Budak Penipu’.Cuma bezanya terletak pada kecomelan dan kejujuran anak-anak kecil ini menyampaikan ‘cerita’ mereka. Kids are so adorable!

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

A Lad and the Fools?

Intro

There stood a young lad with a frown,

He heard the rhapsody of a white Christmas,

Whilst Carol singers wailed at the doors,

Longing for pity, rapture-but utterly rejected,

O just a tale of the forsaken, a forgotten lore,

Median

There was a crowd over the deceased,

And a minister in his dark mourning gown,

Soon they wept for the shady blind alley,

To fulfill the numb ritual of the fallen idol,

And they sank deep into false melancholy,

The Reveal

This is the voice of an unknown bard,

Afar from clamor, never an idle chatter,

But a mere servant of genuine ardor,

Who beseech for love, life and honesty!

This is a paean or sharp satire for fools?

Leave a Comment

Antara Kejujuran dan Kepalsuan

kita sendiri dan pilihan yang dibuat terpulang kepada diri

What do you think I’m feeling right now?”aku teringat soalan yang aku ajukan sebelum sesi temuduga tajaan MARA bermula.

“I think you are just eager to get this over with.”Fadh mengagak.

“Muka ko pucat gila!”Afiq pula mencelah.

Secara jujur aku sendiri pun kurang pasti apa yang aku rasakan. Mungkin sahaja Fadh benar kerana aku memang tidak sabar-sabar untuk menghadapi sesi temuduga ini. Jika dihitung-hitung, sememangnya aku ‘gemar’ sekali menghadiri sesi temuduga sejak dahulu lagi. Mungkin ia ada kaitan dengan kakakku yang juga menyukai sesi-sesi temuduga yang beliau hadapi?

Namun, apa yang pasti ialah aku tidak pernah menggemari sesi temuduga yang dilakukan secara berkumpulan. Bagiku, temuduga berkumpulan merupakan suatu sesi yang memenatkan dan sarat dengan kepalsuan.Pemohon-pemohon terpaksa berusaha sedaya upaya, memerah segala keringat untuk berpura-pura dan merebut peluang untuk bercakap. Mereka juga terpaksa bersaing sesama sendiri malahan ada yang sanggup ‘MEMBUNUH’ peluang orang lain semata-mata mahu menonjolkan diri dan ‘kepimpinan’ yang ada dalam diri mereka.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

MARA Essay

I really hope that this essay will come in handy; that is, to assist you guys especially SPM leaverswho will be applying for anyscholarships. All the best to you guys! ;)

*******

Read the rest of this entry »

Comments (6)

Ajal Itu Dekat Sekali

Ku merintih, aku menangis, ku meratap, aku mengharap..

Ku meminta dihidupkan semula, agar dapat kembali ke dunia nyata..

Entah mengapa sejak kebelakangan ini terasa seperti ajal diri ini dekat sekali. Tiap kali telinga ini menangkap bait-bait lagu Menanti Barzakh yang cukup menginsafkan, air mata seperti tidak tertahan lagi. Perasaan itu cukup tulus dan ikhlas. Tanpa perlu dipaksa mahupun dipinta.

‘Ya Allah, andai saja Kau mentakdirkan ajal bagiku, maka matikanlah aku dalam syaheed milikMU. Izinkanlah bagiku syaheed walau dalam tidurku sekalipun.’

Rintih hati kecilku tiap kali aku ingin melabuhkan tirai malam. Dalam samar-samar keheningan malam yang kadangkala tersulam indah dengan alunan zikrullah oleh serangga-serangga kecil, aku tetap khusyuk dalam zikrulmautku ini. Malam itu terasa sejuk benar. Namun aku tidak pasti apa yang mendorong jantungku ini untuk terus berdegup kencang. Begitu kencang sehingga aku bisa mendengar setiap degupan jantungku itu. Satu demi satu, semuanya jelas sekali ditangkap oleh pendengaranku ini. Tanpa disedari tubuhku mula bergetar ketakutan.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Sehari di UniKL

‘Faris, Udin, bangunnn!’ ‘cepat -cepat siap, dah pukul 6.30 ni.’

Terjaga aku daripada tidur mendengar jeritan lantang ibu yang cuba mengejutkan kedua adik-adikku yang masih lagi lena dibuai mimpi. Sejurus itu juga aku menatap skrin telefon bimbit yang terletak rapi di sisiku sepanjang malam. 6.05pagi. Ternyata pagi itu baru sahaja hendak menyingkap tirainya. Namun aku sedar bahawa alasan ibu mudah, bagi memudahkan beliau mengejutkan adik-adikku yang selalu sahaja tidur mati.

Debar jantung ini pula telah mula aku rasakan sebaik sahaja aku tersedar daripada tidur tadi. Tidur yang aku rasa tidaklah seberapa lena akibat memikirkan sesi temuduga yang bakal aku hadapi tepat jam 2.00petang. Dalam keberatan aku mengangkat seluruh tubuh badan daripada pembaringan itu, masih terdengar lagi suara ibu.

Aku terus sahaja dengan rutin harianku dan menuju ke arah bilik air dan membersihkan diri. Sejurus selepas itu, aku mula mengerjakan solat Subuh di kamar solat yang terletak bersebelahan dengan bilik air tersebut. Usai solat, aku mula membacakan al-ma’thurat. Tetapi kali ini aku mengambil masa yang lebih panjang untuk menghabiskannya.

Aku benar-benar mahukan tajaan pelajaran dalam bidang perubatan tajaan MARA ini. Selesai sudah istikharah yang menghidupkan malam-malamku dalam mencari petunjuk Ilahi dan kini hatiku sudah aku tetapkan pada bidang ini. Bulat tekadku.

‘Ibu, kita bertolak pagi-pagi begini ke?’ aku bertanya walau aku sudah dapat menduga jawapannya.

‘Yelah, takkan nak tunggu pukul 10 kut?’ ibu menjawab. Aku tersenyum sahaja mendengar jawapan ibu itu.

Tiba di UniKL

Tepat jam 12.15 tengah hari aku tiba di UniKl, pusat temuduga tajaan MARA. Mataku meliar melihat sekitar. Sesekali terasa lucu juga melihat gelagat dan keletah para pemohon yang lain. Ada yang menghafal. Ada yang sibuk dengan telefon bimbit masing-masing. Ada juga yang tekun dan sabar menunggu gilirannya. Aku pula sekadar tersenyum melihat semua itu. Namun, aku tidak membuang masa dan terus menuju ke arah sahabat-sahabatku yang sudah selesai menjalani sesi temuduga mereka yang dijadualkan pada seawal jam 9 pagi. Jelas tergambar riak kelegaan dan kegembiraan dalam kesibukan mereka berbual sesama sendiri.

“Camna interview ko?” aku memulakan perbualan.

“Akulah orang pertama yang diinterview. Tapi dalam ramai-ramai tu, aku dengan Fadh je yang dapat 15minit masa interview.” Afiq tersenyum.

Dia cuba menjustifikasikan tempoh temuduga yang lama akan mencerahkan lagi peluangnya untuk mendapat tawaran tersebut.

“Oh, yeke?”aku menduga sambil turut tersenyum.

“Apa lagi yang dia tanya ha?” aku terus bertanya.

” Kalau dia cakap please introduce yourself, ko cakap je lama-lama. Cakap je apa-apa sampai dia tukar soalan.” Afiq menawarkan tips-tips temuduganya.

“Oo, yeke?” sekali lagi aku menduganya.

Perbualan kami terus berlangsung dengan rancak. Masing-masing menawarkan tips-tips dan pengalaman temuduga.

Budak Kampung

Jam menunjukkan jam 1.30 tengah hari. Sebelum aku memulakan sesi temuduga yang bakal aku hadapi aku bercadang untuk ‘bersiap sedia’ dan ke tandas yang berhampiran. Lantas, aku terus meninggalkan Fuad yang baru sahaja tiba dan menuju ke arah pengawal keselamatan.

“Tandas dekat tingkat 1″.pengawal keselamatan itu menuding jari ke arah lif-lif yang berdekatan.

Tanpa memikirkan apa-apa aku terus sahaja menuju ke arah lif tersebut. Namun sesekali terdetik juga perasaan hairan kerana akulah satu-satunya orang yang masuk ke dalam lif tersebut walhal lif-lif yang lain penuh sesak dengan para pemohon dan pelajar universiti.

“Mungkin aku bernasib baik kerana tidak perlu bersesak-sesak dan berhimpit-himpit dengan orang lain.”aku cuba menenangkan perasaanku.

Namun ternyata aku silap. Lif tersebut terus-menerus meluncur naik ke atas tanpa menghiraukan ‘arahanku’ untuk berhenti di tingkat 1. Setingkat demi setingkat sehingga ia mencecah tingkat 25. Sampai sahaja aku di tingkat 25, aku lihat pemandangan di situ begitu asing sekali. Hanya aku sendirian sahaja di situ. Tiba-tiba terlintas di fikiranku bahawa lif tersebut hanya akan menuju ke tingkat 25 dan ke atas kerana ia dikhaskan untuk pegawai-pegawai di situ.

“Patutlah tidak ada seorang pun yang naik menggunakan lif ni. Everything makes sense now!“aku tersedar.

“Oh my God, I’m such a kampong boy!! aku ketawa sendirian.

Permulaan Suatu yang Mengujakan?

Kini jam menunjukkan tepat jam 2.00petang. Waktu untukku menghadapi sesi interviewku pula. Perasaanku bercampur baur. Sekejap teruja, sekejap gementar.

“Pendaftaran untuk temuduga sesi 2.oo petang kini dibuka.” Lantang suara pegawai tersebut jelas kedengaran di seluruh ground floor UniKl.

Berpusu-pusu laju semua pemohon-pemohon biasiswa menuju ke arah meja pendaftaran. Selepas selesai sesi pendaftaran, aku terus menuju ke tempat temuduga tanpa membuang masa.

“Ko dapat panel berapa?” Fuad tiba-tiba datang menghampiriku tanpa aku sedari. Terkejut sebentar aku.

“Panel 18 tingkat 10.” jawabku ringkas.

“Aku panel 17 tingkat 10.” Fuad membalas jawapanku.

“Oo, but I really think I’m gonna get the neurology question for my interview.“aku memberitahu Fuad sambil mengingat-ingat Afiq serta Syazwan yang mendapat soalan tersebut untuk sesi temuduga mereka.

“Kalau tak silap, Afiq dan Syazwan juga diinterview di panel 18 tingkat 10.” bisik hatiku.

Namun, pada ketika itu hanya satu di fikiranku iaitu sesi temuduga yang bakal aku hadapi ini. Tiada yang lain. Keazamanku juga kian membara. Sebegitu pantas mataku melihat papan tanda Panel 18 yang diletakkan pada pintu ruang temuduga, sebegitu pantas jugalah aku melabuhkan punggungku di kerusi yang rapi tersusun di hadapan ruangan tersebut.

Tanpa sempat aku berbuat apa-apa, penemuduga panel 18 memberikanku isyarat untuk masuk ke dalam ruangan tersebut. Lantas aku bangun sambil membaca basmallah dan selawat memanjang.

“Fazli! ada pendaftaran dululah.”aku tersentak mendengar panggilan Fuad.

Aku biarkan sahaja penemudugaku dan terus sahaja menuju ke arah meja pendaftaran sambil tersengih sendirian. Dalam sabar penantianku menunggu giliran, aku berterusan tersenyum sendirian mengingatkan peristiwa yang baru sahaja berlaku itu. Tentu sahaja penemuduga tersebut bengang dan keliru melihat gelagatku. Bayangkan, aku pergi meninggalkan penemuduga tersebut begitu sahaja!

Antara Kejujuran dan Kepalsuan

Tidak lama menunggu, aku dipanggil dan bermulalah sesi temudugaku.

Assalamualaikum Sir.” aku memulakan bicara sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Senyum bibirku menyembunyikan gementar di hati dan getar di tangan! Namun, aku pasti keyakinan jelas terpancar di raut wajahku.

“Please introduce yourself.”

“Why did you choose UK? Why not Ireland?”

“If you are being sponsored to India instead of UK, would you still accept it?”

“Why do you want to be an optometrist?”

“What advice can you give me as an optometrist?”

“Since you mentioned about diet earlier, so what type of food would be good for our eyes?”

Soalan-soalan berbentuk ‘provokasi’ yang terpaksa aku hadapi dengan tenang dan jawab dengan penuh kebijaksanaan dan kejujuran. Agak kelam-kabut juga mindaku memikirkan jawapan bagi soalan-soalan yang diajukan kerana kekurangan research dalam bidang optometrist tersebut. Timbul juga sedikit penyesalan dalam diriku namun aku endahkan sahaja. Usai panel pertama mengajukan soalan-soalannya, tiba-tiba sahaja panel kedua pula memecahkan ‘kebisuannya’ selama ini dan mula menduga kebijaksanaanku pula.

“What would you be doing in 10 years time?”panel kedua mengajukan soalannya.

Soalan biasa yang telah aku hafal ’skema’ jawapannya dalam ketelitian aku merancang pengajianku dan aku pun menjawab panjang lebar seperti biasa.

“Is that all?”beliau menduga.

Tersentak dan terkejut aku. Setelah selesai aku menjawab panjang soalannya, dia pula menduga kewibawaan dan ketenangan dalam diriku. Tidak dapat aku nafikan, sememangnya aku ‘terkelam-kabut’ sebentar namun aku cuba mengekalkan ketenangan dalam diriku dan mahu tidak mahu aku terpaksa juga menyambung jawapanku tadi.

“Any question?”panel kedua bertanya sebelum mengakhiri sesi temuduga itu.

Soalan itu sememangnya merupakan soalan lazim yang akan ditanya dalam setiap sesi temuduga. Namun entah mengapa, walaupun setelah berminggu-minggu aku memerah otak untuk mencari soalan yang benar-benar sesuai untuk ditanya, aku memang tidak pernah mendapat ’soalannya’. Kini terbukti bahawa proses menjawab sebenarnya jauh lebih senang daripada proses bertanya.

“What would be the prospects of an optometrist in Malaysia?” aku memberanikan diri dan cuba bertanya.

“Why are orthopedics in high demand in Malaysia now?”aku terus bertanya.

Namun aku sedar bahawa soalan-soalan yang telah aku kemukakan sebenarnya tidak berkualiti dan lebih bersifat kepada “cuma sekadar memenuhi permintaan dan bertanya” sahaja. Yang terlintas di fikiranku hanyalah, sekurang-kurangnya ada daripada tiada.

“Kita orang pun sebenarnya tak pasti..”panel kedua menjawab ringkas sambil tergelak kecil.

“Well, you have to make a research on that.”beliau terus memberikan cadangan sambil tersenyum mesra.

Tanpa membuang masa, aku terus sahaja mengambil peluang itu untuk menunjukkan minat mendalamku dalam jurusan perubatan tersebut.

“I believe that there’s so many interesting fields in the medical course and I sincerely hope that I will be given the chance to take up this course.”

Jawapanku kepada cadangan beliau sebentar tadi berbunyi lebih kurang seperti demikian sekaligus mengakhiri sesi temuduga. Senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir menggambarkan kepuasanku dalam menjawab semua soalan yang diajukan. Namun itu tidak bermakna yang sesi temudugaku berjalan selancar yang aku jangkakan dan jawapan-jawapan yang aku berikan menepati ’sasaran’. Cuma sekadar berpuas hati dengan kejujuran dan minat yang telah aku tonjolkan dalam sesi temuduga tersebut.

“That was a good speech.”penemuduga memberikanku pujian sambil tersenyum. Aku turut tersenyum.

Sebelum melangkahkan kaki keluar dari ruangan tersebut, aku sempat mengucapkan terima kasih sambil bersalaman dengan beliau.

Kepuasan yang Tergambar

excited

3.35 petang. Aku menatap jam sambil mengingati justifikasi Afiq mengenai tempoh temuduga yang lama akan mencerahkan peluang untuk seseorang individu itu mendapat tawaran yang disediakan. Namun, ternyata aku tidak dapat mengingati waktu aku mula-mula melangkah masuk ke dalam ruangan temuduga tersebut.

Tetapi perkara itu tidak mengecewakan aku kerana kepuasan yang aku kecapi melalui sesi temuduga itu tidak tergambar lagi. Aku dapat rasakan bahawa senyumanku mencecah hingga ke paras telinga! Aku terus menuju ke arah lif untuk turun dan pulang ke rumah. Tiba-tiba sahaja datang seseorang berlari-lari anak ke arahku.

“Tag interview..”dia menunjukkan ke arah tag yang aku gantung rapi di kemeja biruku.

“Oh, sorry sorry..”aku tersenyum segan sambil menanggalkan tag tersebut dan memulangkannya.

Kegembiraan aku membuatkan aku terlupa langsung berkenaan tag tersebut! Kasihan juga aku melihat kakak yang menguruskan pendaftaran itu yang terpaksa berlari-lari mengejarku.Semasa aku menunggu untuk pulang ke rumah, sempat juga aku menelefon rakanku untuk berkongsi kegembiraan yang membuak-buak dalam diriku ini.

“That was fun!rasa macam nak buat lagi je.”aku memberitahunya melalui telefon bimbit.

“Seumur hidup aku, tak pernah ada orang yang cakap interview ni fun.”dia membalas dalam nada kehairanan.

Aku sekadar tertawa mendengarkannnya. Tetapi yang pasti aku gembira dengan sesi temuduga kali ini. Mungkin kerana para penemuduganya yang peramah dan merendah diri belaka. Muga Allah merahmati mereka. Ameen

Harapan

Sesi temuduga untuk tajaan MARA dalam bidang perubatan luar negara sememangnya memberikanku suatu pengalaman yang amat berharga. Walaupun kadangkala aku mempersoalkan antara keperluan untuk memberikan kejujuran dalam jawapan dengan keperluan untuk mengikut ‘acuan’ jawapan yang dikehendaki yang selalunya kaku dan ’scripted’, aku tetap berharap bahawa kejujuranku dalam menunjukkan minat dalam bidang tersebut dan dalam jawapanku membolehkan aku mendapat tawaran ini.

Muga Allah memberikanku segala apa yang terbaik bagi diriku. Muga juga Allah memberikanku peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan tajaan MARA ini. InsyaAllah.

Comments (4)