Komen: Adakah Kau Lupa?
NeRoGeN berkata:
Rom tumbang kerana agama Kristian. Dunia Islam berkembang kerana penganutnya berfikiran terbuka, bertolak ansur dengan pelbagai idea, dan fokus kepada pelbagai ilmu, bukan sekadar agama sahaja. Dunia Islam kini mundur kerana mereka terlalu konservatif, dan berpuak-puak.
Cuba kaji semula sejarah; Al-Biruni dan Ibn Sina (dan ramai lagi) berfahaman Syiah. Ramai lagi tokoh lain berfahaman Mutazilah. Itu fakta. Bukan semuanya Sunnah. Orang Islam juga tidak rasa janggal sekiranya gereja berada di sebelah masjid (Andalusia, Palestin). Dan perkahwinan sesama agama Yahudi, Nasrani dan Islam berlaku (Andalusia, Uthmaniyah). Kesannya? Non-Muslims tertarik kepada kemuliaan Islam, dan memeluk Islam!
Kaji lagi; Ibn Rushd ialah bapa pemikiran sekularisme. Beliau cuba menentang pemikiran “ultra-konservatif” di dunia Islam, namun gagal. Akibatnya Andalusia tumbang, kerana orang Kristian dan Yahudi tidak dapat menerima penindasan yang dilakukan terhadap mereka (forced conversion), lalu membantu kerajaan Kristian Isabella dan Ferdinand untuk menghapuskan kerajaan Islam di Selatan Sepanyol.
Of course, penganut Islam yang berpuak-puak juga menyebabkan mereka mundur.
Autism 01-Kata Yang Tersimpan

July 29th- Permulaan Sebuah Kisah
0920am-
Aku tengah asyik bermain kat taman. Dekat satu sudut hujung taman tu, aku belek-belek jari aku. Satu per satu aku renung. Lepas tu, aku ulang berkali-kali. Sekejap-sekejap, mata aku melilau sekitar taman. Gelongsor, buaian nampak tak terusik. Sekejap-sekejap, mata aku mula melilau lagi. Kali ni baru aku perasan. Rupa-rupanya aku seorang je yang ada dekat taman ni..
Tiba-tiba aku nampak ramai orang datang. Aku tak lagi asyik bermain. Aku jadi takut.
“Siapa ni?”
“Mereka datang sini nak apa?”
Aku sangat takut. Aku cepat-cepat lari masuk dalam kelas.
0935am-
“Akim, say aeroplane..”
Aku belek-belek jari aku.
“Akim.. Say aeroplane..”
Aku masih belek-belek jari.
“Akim! Read this!”
Aku terkejut. Aku tak lagi belek-belek jari aku. Aku tengok cikgu yang ada kat depan aku nampak sedikit marah. Jari cikgu menuding-nuding ke arah perkataan ‘aeroplane’ yang ditulis di papan putih.
“Aaa..”
Aku cuba sebut perkataan tu. Tapi tak ada apa-apa yang terdengar.
“Aaaa..”
Aku cuba sebut lagi. Tapi tetap tak ada apa-apa bunyi.
Duduk Sebentar, Beriman Sejenak

“Saya dekat sini ada misi. Misi ni bukannya misi KMB atau misi IBO, tapi misi saya sendiri.”
Setiap butir bicara Ustazah Johainah untuk kelas pertama mata pelajaran Pengajian Islam taat aku dengari. Beliau menyambung lagi;
“Misi saya ialah untuk mengulama’kan para intelek dan untuk melahirkan insan-insan yang soleh. Saya nak kamu semua jadikan Islam itu suatu CARA HIDUP. Bukan hanya sekadar sebagai subjek TEMPELAN.”
Aku terus-menerus mengangguk tanda setuju seratus peratus. Apa yang dikatakan oleh Ustazah Johainah tepat-tepat belaka. Dan pada ketika itu jugalah Ustazah mendapatkan respect yang mendalam aku kepadanya. Karisma yang ditunjukkan oleh Ustazah begitu tinggi dan bermakna sekali.
Aku teringat lagi kata-katanya;
“Saya bukanlah lepasan luar negara. Tapi saya yakin yang saya mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lepasan-lepasan luar negara yang lainnya.”
Tanpa perlu bergantung kepada ‘cop overseas graduates’ yang kerapkali dibangga-banggakan oleh segelintir kelompok masyarakat, Ustazah tetap yakin akan kebolehan dan kemampuan dirinya sendiri.
Inilah KARISMA yang patut ditanamkan dalam jiwa setiap PEMUDA dan PEMUDI Islam sejak daripada awal lagi. Ini bukannya sifat riak, sombong atau takabbur, tetapi inilah KEYAKINAN.
Selamat Datang KMB!

“Welcome to KMB!”
“And give a big hand to yourselves ‘cause you are THE CHOSEN ONES!”
Walau sebosan mana pun sesi taklimat dan ceramah yang diaturkan dalam tentatif program Minggu Orientasi Kolej Mara Banting sesi 2008/2010 bersama para guru dan tenaga professionalnya, pelajar-pelajar yang baru mendaftar akan tetap bersemangat.
Yang mengantuk segera bangun. Yang bermain SMS. Yang menguap-nguap. Juga yang sibuk bertaaruf bersama satu sama lain. Semuanya celik.
Hal ini tidak lain tidak bukan gara-gara ayat keramat yang kerapkali diulang-ulang oleh para guru tersebut. Namun bagi yang lebih kreatif sedikit daripada yang lainnya pula menggunakan ayat yang berbunyi seperti;
“I hope it’s not too late for me to welcome you to KMB. Give yourselves a big hand!”
Dan semua pun bertepuk-tepuk girang dan ghairah. Tepukan yang terdengar di dewan besar Kolej Mara Banting seperti guruh yang sedang masyuk berdentam-dentum. Ia kedengaran SANGAT lantang. Sungguh, tak bohong!
Entah mengapa mereka semuanya seperti kelihatan sangat teruja sekali. Sebahagiannya memang sudah sedia teruja daripada awal-awal lagi. Manakala sebahagian yang lainnya pula sekadar menjadi ‘pak turut’ dan turut bertepuk sama.
Oh ya, dapat masuk ‘The No 1 and Biggest IB School in the World’-lah katakan, siapa yang tak teruja?!
Ya lah, bukan senang nak masuk Kolej Mara Banting ni, bukan?
So, mestilah ghairah, kan?
Comments(6)

